sesi menemu ramah :)
Tuesday 21 June 2011 @ 20:26 | 0 Comment
weyy weyy . mehh , kita menemu ramah anak pakcik riza ni . hee :D 1. siapakah nama kucing anda ? err -.-' aku tak suka kucing . so aku takde kucing . 2. apa warna kegemaran anda ? hitam . sebab hitam boleh matching dgn semua colour . 3. bagaimanakah cara anda tidur ? amboi . soalan ni pun nak tanya ke . aku tido dgn memejamkan mata laa . haha :D 4. apakah hobi anda di masa lapang ? online and update blog . tp aktiviti wajib aku time masa lapang ialah tidur ;) 5. adakah anda mempunyai teman lelaki ? dulu ade laa . tp sekarang dah single mingle . 6. siapakah orang yg paling anda percaya ? setakat ni takde sape pun yg aku percaya . 7. adakah anda dikenali ramai di sekolah ? entah . macam tak je . sbb aku jenis org yg akan bercakap dgn org yg aku kenal je . 8. apakah barang yg wajib anda bawa sekiranya keluar rumah ? i. handphone ii. headphone iii. kad pengenalan iv. jam tangan 9. apakah kereta kegemaran anda ? kereta sorong . haha . takde laa . aku minat gile kereta swift . *ayahh , belikan akak kereta swift putih lps akak dpt lesen yee :) 10. siapakah nama datuk belah ibu anda ? tuan hj jarkasi b. hj idris . unik kan nama tu . korg cakap je nama jarkasi kat kampung atok aku . pehh . semua org kenal , woo . 11. apakah model handphone anda ? SE K810i . alaa , handphone murah je . ayah aku dah fobia nak belikan aku handphone mahal mahal . al maklum laa , handphone asyik hilang je . haha . 12. apakah cita cita anda ? aku sebenarnya nak jadi arkitek . tp . . . haa , takpe laa . aku nak jadi graphic designer . tak pun aku nak jadi photographer profesional . 13. apakah sifat buruk anda ? mak ai , soalan ni pn nak tanya jugak ke . secret , woo . if nak tahu , tanya parents aku . 14. anda mempunyai berapa org adik beradik ? 3 org je . aku anak sulung . then , aku ade 2 org adik lelaki yg dah semakin berani membuli aku . *haish , sabo je laa . 15. berapakah ketinggian anda ? ( dlm cm ) haha . soalan yg paling aku tak suka . tinggi aku ialah . . . . haish , segan nya nak cakap . 145 cm je . err =.= 16. apakah perkataan yg sering anda keluarkan ketika anda sedang marah ? i. kuangasam ii. batak iii. gedik iv. arghhh v. menyampah vi. blahh laa kau vii. grr *sambil bt muka viii. and so on . 17. adakah anda sayang ibubapa anda ? haish , aneh punye soalan =.=" of course laa aku sayang parents aku . 18 . apakah sifat manusia yg anda tidak gemari ? i. aku tak suka perempuan yg terhegeh hegeh kat lelaki . aduyai . tak malu ke , weyy . ii. aku paling benci ade org cakap benda kesat kat aku . example bodoh , sial , babi and so on laa . iii. aku paling tak suka bdk hipokrit . depan aku baek , belakang aku . haish , hampehh . iv. aku paling pantang bila org meludah depan aku . haish , memang nak kena maki laa kan . v. aku tak suka org makan gula gula getah depan aku . err =.= geli , weyy . vi. aku tak suka bile ada org suruh aku bt something yg aku tak suka . vii. haa , aku paling tak suka org rokok depan aku . haish , nak aku mati ke dgn menghidu asap rokok kau tu ? >.< viii. and so on . kang kalau aku listkan semua , sampai esok pun tak habis . haha . 19. siapakah anda sebenarnya ? ek eleyy . dah tanye aku macam macam soalan , baru nak tanye aku sape . ngek betul . haha . aku laa tuan punya blog ni :) 20. apakah perkara yang boleh membuatkan anda menangis ? haishh . mane boleh bgtau . nanti korg tahu apa kelemahan aku :D 21. apakah barang yg paling anda sayang ? of course laa spect aku . tanpa spect , memang aku tak nampak laa kan . huu -.-' 22. apakah nama panggilan anda ? i. fatin ii. najihah iii. akak iv. fatah v. jiha vi. tin tin vii. tenoji 23. siapakah tempat anda meluahkan perasaan ? i. bff aku ii. parents aku iii. atok deli iv. pakcik adi 24. apakah motto hidup anda ? biarlah kita berjaya dengan hasil usaha kita dan jangan sesekali mengharapkan org lain utk berjaya . 25. apakah jenama kaca mata yang anda pakai sekarang ? ehh ehh , soalan ni pun kau nak tanye ke . aku pakai spect bonia je . spect ni laa yg paling tahan . haha . kalau tak , 1 tahun 2 kali aku tukar spect . hee :) 26. apakah perisa gula gula yang anda gemari ? err -,- aku tak suka makan gula gula . 27. siapakah guru kegemaran semasa anda di sekolah rendah ? puan ruzanah bt jarkasi . *ibu aku , woo . haha :D 28. apakah sukan yg paling anda gemari ? pehh , aku minat gile football . 29. bilakah tarikh anda dilahirkan ? 17 november 1995 . knp tanye ? nak bg present ke ? haha . 30. antara kawan dan teman lelaki , manakah yang paling penting dalam hidup anda ? of course laa kawan . aku lagi sanggup kehilangan bf daripada kehilangan member :') okay okay . dah banyak sangat soalan ni . kita berhenti sampai di sini sahaja yee . untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anak pakcik riza , sila bertanya sendiri kepada beliau . *beliau ? haha :DD |
BIG BOSS Najihah Riza | 20 years old
Instagram
Big Foot Big Claps |