//Ohh Najihah Riza
Aurat Wanita.

Tuesday 19 February 2013 @ 22:13 | 0 Comment

Assalamualaikum.
Okay hari ni nak share pasal aurat wanita.
Aurat wanita ada 13 tau.
Banyak kan ?
So check it out.

1. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan perempuan yang digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

2. Muka dan leher
Dan tinggal laa kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan laa kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. Keterangannya : Brsolek (make-up) dan menurut maqatif sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti oarang jahilliyah

3. Muka dan tangan
Asma telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah datang haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. -Hadis Riwayat Muslim Dan Bukhari-

4. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. -Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari-

5. Mata
Dan katakan laa kepada perempuan mukmin hendak laa mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya. -Surah An-Nur Ayat:31-
Sabda Rasulullah: Jangan sampai pandangan yang satu mengikut pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seteusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. -Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi-

6. Gigi
Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. -Hadis Riwayat At-Thabrani-
Dilaknat perempuan yang menjarangkan gigi supaya menjadi cantik yang mengubah ciptaan Allah -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

7. Mulut
Jangan laa perempuan perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong hatinya, tetapi ucapkan laa perkataan perkataan yang baik. -Surah Al-Ahzab Ayat:32-
Sabda Rasulullah: Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. -Hadis Riwayat Ibn Majah-

8. Dada
Hendak laa mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. -Surah An-Nur Ayat:31-

9. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih bai daridata menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. -Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi-

10. Kaki (Tumit kaki)
Dan jangan laa kamu (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. -Surah An-Nur Ayat:31-

11. Kemaluan
Dan katakan laa kepada perempuan perempuan mukmin hemdak laa mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. -Surah An-Nur Ayat:31-
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatan dan mentaati suaminya maka masuk laa ia ke dalam syurga daripada pintu pintu yang ia kehendakinya. -Hadis Riwayat Al Bazzar-
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. -Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah-

12. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi wangian kemudian melawati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap tiap mata ada zinanya terutamnay hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang. -Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban-

13. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. -Hadis Riwayat Ahmad, Abu D, An Nasaii dan Ibn Majah-
Wahai nabi nabi katakan laa kepada isteri isterimu, anak perempuanmu dan isteri isteri orang mukmin hendak laa mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. -Surah Al-Ahzab Ayat:59-
Sesunguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

Sumber : Nine

Senang je nak tutup aurat sebenarnya.
Labuhkan baju, labuhkan tudung, labuhkan lengan baju, longgarkan baju, longgarkan seluar, longgarkan kain and jaga suara.
Haaa jangan lupa pakai stokin :)
Jom kita tutup aurat.
Rebut laa peluang untuk menjadi wanita solehah.
InsyaAllah syurga balasannya.
Niat laa semata mata kerana Allah.












Older Post | Newer Post
BIG BOSS


Najihah Riza | 20 years old

I'm already graduated from CFS IIUM


Diary Me Love Them


Instagram

Follow @najihahriza

Big Foot

Big Claps

Header By : Ezza Malik
Template by : Anem Hyun
Edited by : Najihah Riza