//Ohh Najihah Riza
Berubah.

Monday 18 February 2013 @ 13:47 | 0 Comment

Berubah untuk menjadi yg lebih baik.
Perubahan tu tak perlu secara mendadak.
Nak mendaki pun ada stepnya.
Bukannya boleh terus sampai ke puncak. Ye dak ?
So jangan laa terburu buru.
Jika kita betul betul ikhlas untuk berubah insyaAllah Allah akan membukakan jalan dan permudahkan kita.

Bagaimana cara untuk melakukan perubahan ?
Firstly kita kena pasangkan niat sebab niat merupakan permulaan bagi sesuatu amalan.
So niat laa kerana Allah semata mata.
Haaaa niat je tak cukup. 
Kita kena ada matlamat dan buang semua perasaan negatif dalam diri.
Bersabar laa dengan setiap dugaan yg datang.
Caci maki, perli, ejek mengejek berkemungkinan besar akan berlaku selepas kita berubah menjadi baik.
Bersabar laa dan jangan laa sesekali kita give up.
 Then cari laa majlis majlis ilmu atau usrah untuk membantu kita membentuk peribadi yg lebih baik.
Kalau susah sangat dengar laa ceramah ceramah agama kat youtube.
Dah banyak dah ceramah ceramah agama kat youtube ni.
Luangkan laa sedikit masa utk mendengar.
Beside that, if kita ada sebarang masalah atau kemusykilan tanya laa kepada orang yg lebih arif untuk menjawabnya.
Tak pun beli laa buku buku ilmiah untuk meningkatkan lagi kefahaman kita tentang agama islam.
Dalami dan fahami laa isi isi yg terkandung didalam Al-Quran kerana ia juga dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.
Setelah kita baca Al-Quran, baca laa tafsirnya.
And yg paling penting cari laa sahabat yg boleh membantu kita untuk berubah.
Cari laa sahabat yg boleh menasihati kita sekiranya kita melakukan kesalahan bukannya sahabat yg menggalakkan kita melakukan dosa.
Sahabat yg baik adalah sahabat yg mahu membawa kita bersamanya ke syurga dan menarik kita daripada jatuh ke lubang neraka.
Teruskan laa mengisi dan memperbaiki diri.

Usahakan laa sesuatu untuk mengisi jiwa kita dengan kefahaman dan keimanan.
Mohon laa keampunan kepada Allah kerana kematian itu tidak menunggu kita.
Habib Ali Al-Jufri pernah berkata : "Berjalan laa menuju Allah walau dalam keadaan tempang sekali pun."
Teruskan berjalan dan belajar laa dari kesilapan yg lalu.
Jangan laa kita mengulangi kesilapan yg sama.
Sesungguhnya Allah itu maha pengampun.
Mari laa kita sama sama berubah untuk menjadi hamba Allah yg soleh serta solehah.
InsyaAllah Allah permudahkan segala urusan kita.
Segala yg baik datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri.
Mohon maaf atas segalanya.
Jom berubah :)


 





Older Post | Newer Post
BIG BOSS


Najihah Riza | 20 years old

I'm already graduated from CFS IIUM


Diary Me Love Them


Instagram

Follow @najihahriza

Big Foot

Big Claps

Header By : Ezza Malik
Template by : Anem Hyun
Edited by : Najihah Riza