//Ohh Najihah Riza
Istighfar.

Monday, 18 February 2013 @ 22:47 | 0 Comment

Assalamualaikum.
Tadi dah cerita pasal how to berubah kan ?
Okay now nak share sikit pasal fadhilat fadhilat beristighfar.
Al maklum laa sekarang suka beno baca artikel and blog berunsurkan islamic so banyak laa benda nak share heee :)

"Aku mohon keampunan daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripada-Nya, yang hidup dan yang menguruskan makhluk-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya."

Sabda Rasulullah SAW: "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Rasulullah beristighfar mencecah 100 kali sehari.
Kita beristighfar berapa kali sehari ?
Hmm muhasabah diri.

Allah juga menjanjikan kenikmatan yang berterusan kepada hamba-Nya yang gemar memohon keampunan kepada-Nya.
... dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat (Hud: 3)

Selain tu dengan beristighfar juga dapat menjauhkan kita dari rasa gelisah dan berdukacita.
Sabda Rasulullah SAW: "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita."

Syaitan tidak pernah penat untuk sentiasa menghasut kita melakukan dosa dan kemaksiatan.
Oleh tu perbanyakkan laa beristighfar dan berzikir.
Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah akan memberinya kelapangan dari setiap kesusahannya, memberikan jalan keluar dari setiap kesukarannya dan memberinya rezeki tanpa disangka sangka."

Mari laa kita sama sama beristighfar dan memohon keampuan kepada Allah.
Mudah mudahan kita menjadi muslim dan muslimah yang sejati.
Amin ya rabbal alamin.
Haaaa jangan lupa berselawat juga :)





Older Post | Newer Post
BIG BOSS


Najihah Riza | 20 years old

I'm already graduated from CFS IIUM


Diary Me Love Them


Instagram

Follow @najihahriza

Big Foot

Big Claps

Header By : Ezza Malik
Template by : Anem Hyun
Edited by : Najihah Riza