//Ohh Najihah Riza
Khusyuk dalam solat.

Tuesday 26 February 2013 @ 23:13 | 0 Comment

Assalamualaikum.
Walaupun internet sangat sangat laa slow tapi tetap nak update blog jugak.
Okay today nak share pasal cara khusyuk dalam solat.
Hope tips ni berguna untuk korang.

Cara cara khusyuk dalam solat.
1. Menjaga makan, minum, pakaian , tempat tinggal dan lain lain supaya datang dari punca yang halal dan jauhi dari sumber yang tidak diketahui.
2. Semasa solat hadirkan diri seolah olah kita sedang berhadapan dengan Allah dan takut akan seksa Allah terhadap dosa yang telah kita lakukan.
3. Sebelum solat kita disunatkan membaca istighfar dan 3 khul kerana ia dapat mencegah gangguan syaitan yang sentiasa ingin melalaikan manusia.
4. Dirikan laa solat di awal waktu supaya kita tidak tergopoh gapah dan kelam kabut untuk mengejar waktu solat.
5. Sentiasa yakin dan optimis Allah menerima solat dan amalan amalan kita.
6. Mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh menganggu dan yang tiada kaitan dengan solat.
7. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar kerana ia boleh mengkhayalkan fikiran.
8. Dirikan laa solat secara berjemaah kerana berjemaah banyak pahalanya.
9. Ambil laa wuduk dengan sempurna kerana wuduk yang baik membuatkan solat itu menjadi baik.
10. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat secara bersendirian ataupun sekurang kurangnya iqamat sahaja.
11. Ditegah untuk pakai pakaian yang mempunyai gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain lain kerana ia boleh membuatkan orang lain hilang khusyuk ketika solat berjemaah.
12. Hendak laa mengambil tahu dan mempelajari makna makna bacaan dalam solat supaya tidak teringatkan perkara perkara yang lain selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan bacaan itu.
13.Sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa memperhatikan gerak geri, bacaan dan hati kita.
14. Sentiasa memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan solat kita dan berusaha juga untuk khusyuk dalam solat.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu diterima atau tidak.
Dan ketahui laa bahawa solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu diakhirat kelak.
Sekiranya solat seseorang itu sempurna baru laa dihitung amalan amalan lain.
So apa tunggu lagi perbaiki solat kita supaya lebih khusyuk dan beribadah laa semata mata kerana Allah.
Jangan sesekali ada sifat riak dan sombong dalam melakukan sesuatu ibadah.
Semoga segala ibadah kita selama ini diterima oleh Allah.
Amin ya rabbal alamin.





.



Older Post | Newer Post
BIG BOSS


Najihah Riza | 20 years old

I'm already graduated from CFS IIUM


Diary Me Love Them


Instagram

Follow @najihahriza

Big Foot

Big Claps

Header By : Ezza Malik
Template by : Anem Hyun
Edited by : Najihah Riza