//Ohh Najihah Riza
Result.

Monday, 25 March 2013 @ 21:29 | 0 Comment

Assalamualaikum.
Semua tahu kan 21 haribulan yg lepas spm result keluar ?
Haa thanks kepada sesiapa yg wish me luck kat twitter and whatsapp.
You know what ?
Aku tak rasa dup dap dup dap pun masa tu.
Sampai sekolah pun still tak rasa pape lagi.
Tapi bila pengetua bagitahu seni takde yg dpt A haa memang dah terasa dah A aku berkurangan.
Huhh stay cool.
Lepas je habis sesi bergambar pelajar pelajar cemerlang, aku dgn mira berlari kat teacher yati.

"Nur Fatin Najihah hmm 1 2 3 4 haa 4A"
Lepas teacher cakap 4A je aku terus lipat slip then call ibu.
"Ibu, i got 4A only"
Then ibu tanya apa yg A haa time tu laa baru aku bukak slip.
"Ibu, yg A bahasa melayu, science, quran sunnah and math. I got A for math wahhhhh"
Ibu pun wahhhh then yg membuatkan air mataku meleleh bila ibu cakap ...
"Mesti arwah ayah happy bila tahu math A"
Masa tu air mata dah berjurai jurai dah.
Hmm thanks ayah sbb ajar orang math walaupun 2 hari je. Tak sangka tu laa kali terakhir kita bersua.
Sebak rasanya bila kenangkan balik kenangan belajar dgn ayah.
Hmm masa tu ayah bersungguh sungguh ajar orang walaupun dah tengah malam.
Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman.

Bila aku tweet pasal ayah masing masing ingat ayah tu ayah kandung aku.
Haaa ayah yg aku maksudkan tu my ayah angkat sebenarnya.
Ayah meninggal time aku spm.
Tak sempat nak menatap wajah ayah buat kali terakhir sbb time tu aku ada paper seni.
Habis je paper seni my parents terus ambik then gerak ke melaka.
Sampai melaka je masing masing sibuk buat persiapan kenduri tahlil.
Sangat rasa kehilangan sbb biasanya bila balik melaka berborak dgn ayah tapi...
Hmmm hanya Allah je yg tahu perasaan aku masa tu.

Ehh ehhh asal cerita sedih pulak ni.
Ehemmmm 
Okay berbalik kepada my spm result.
Alhamdullaih syukur dengan result yg aku dapat.
Thank you Allah.
Walaupun tak straight A dan tak banyak A tapi aku tetap bersyukur.
Mungkin tu laa hasil segala usaha aku selama ni.
Alhamdulillah alhamdulillah.

Masing masing tanya aku ambik course ape.
Aku ambik seni bina.
Korang doakan aku dapat course seni bina tau tau tau
Terima kasih cikgu fizie, cikgu ahmad, cikgu shikin, cikgu hassan, ustazah mazinah, teacher nora, teacher yati, ustaz amran, cikgu suhaidah, ustazah hasna and cikgu cikgu yg pernah mengajarku.
Thanks cikgu cikgu, semoga Allah memberkati kalian :)
Doakan kejayaan anak muridmu ini.






Older Post | Newer Post
BIG BOSS


Najihah Riza | 20 years old

I'm already graduated from CFS IIUM


Diary Me Love Them


Instagram

Follow @najihahriza

Big Foot

Big Claps

Header By : Ezza Malik
Template by : Anem Hyun
Edited by : Najihah Riza